Thursday 31 May 2012

. B O S A N .

amaran : aku BOSAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNNNNNNNNN tahap cipan!

sekarang jam dah menunjukkan pukul 12.43 am dalam sama erti jugak dah masuk 1 JUN 2012.

whatttttttttttt?? cepatnya dah bulan enam.

*mata ke atas tangan ke dada*

cam bese kan? hurmm. *mengeluh lagi* tabiat sejak azali.

xtau la nak gambarkan KEBOSANAN aku dah macam ibarat ape dah.

BOSAN

BORED

dah abes kelas nie bosan la plak. xtau nak watpe kat bilik. dah la takde umate.
hari hari aktiviti harian aku dalam bilik.
pandang dinding pndang lappy.
wat nota cikit cikit. stadi malas lagi. takut lupa.

godek godek lappy tengok movie ape yang best.
takde yang best pun. line tenet plakkkkk cam HAREM. 

 nak text si hafiz die ade kelas lagi minggu nie.
malam die bizi wat esemen plak. hurmm!
 
tak selalu la dapat msg dengan die.

awak saya BOSAN tahu tak? :'(




BOSAN kan?


kbai.

xoxo.muchoflovesibongsu.

Wednesday 30 May 2012

. FiNaL eXaM .

Assalamualaikum..

tinggal dalam 5 hari aku dah nak final exam!
gelabah kot. serabut banyak bende kene wat. nota kaki, tangan, siku suma la.


hurmmmmmmmmmmmmmmmmmm!


peel aku memang suka mengeluh time time tengah kusut. 
even boipreng aku si hafiz tue banyak kali dah pesan jangan suka mengeluh. 
dah tabiat la saya la awak nak wat camne. :'(

moga moga untuk semester last aku kat bumi Sintok nie.
aku dapat perform yang terbaik untuk final exam aku. 
nak dapatkan DEKAN lagi. InsyaAllah.

kene study smart not study hard.
cakap omputeh  bagai. gedik kau jah!
*mata ke atas tangan ke dada*

kui kui kui.

jom ramai ramai tengok jadual FINAL EXAM aku.

ceh ceh bajet kunun kunun ramai la yang nak bertandang ke blog kau yang sakai nie!
biarin. aku nak tunjuk jugak. even paper sem nie secoet je. 
4 paper je.
well. semester last kot abam abam akak akak. 
normal lewtew. even ade mbe aku 3 paper je. lagi rilek habak hang.


5 JUN 2012 . 2.30 - 5.00 PM
SCCA3023 (PENGURUSAN KOMUNIKASI STRATEGIK)

9 JUN 2012. 2.30 - 5.00 PM
SCCT 2023 (PENERBITAN ELEKTRONIK)

11 JUN 2012. 2.30 - 5.00 PM
BPME 1013 (ASAS KEUSAHAWANAN)

12 JUN 2012. 9.00 - 11.30 AM
SCCG 3153 (KOMUNIKASI KORPORAT)



p/s : moga moga semester nie aku boleh jawab kesume soalan yang kuar dengan hati yang tabah lagi senang. wah gitu. tamau STRESSSS STRESSS. kunx aku jadi gelabah. 
soalan mintak lain aku jawab lain. mintak jauh mintak jauh.

moga dilapangkan fikiran dan idea mencurah curah ke ladang gandum.

Ya Allah Ya Tuhanku kau lapangkanlah fikiranku, kau tajamkahlah mata penaku.
kau permudahkanlah urusanku.

Ammen Ya Rabbal Alamen.

wish me luck ye ialls ualls sumeee. 

peaceeeeeee from kak jah. sebelah kak limah.
 

kbai.

xoxo.muchoflovesibongsu.

Monday 28 May 2012

. Last dAh ke? .

esok KULIAH terakhir aku dengan kawan-kawan same minor (komunikasi organisasi) dengan aku. pejam celik pejam celik dah tiba mase untuk kuliah terakhir. kebetulan jugak malam nie aku baru siapkan esemen terakhir di bumi sintok. fuhh lega akhirnya berjaya jugak mengharungi segala bebanan esemen yang tak putus putus. sumpah tak tipu semester last nie bertimbun timbun esemen even sem nie paling cikit paper aku amek. tapi lain plak jadinya. esemen bertimbun timbun. dah plak tue SUSAH GILER. hamper jadi mereng gak la. selamat hampir je. kalau dah mereng. cian mak abah aku tak pasal pasal ade anak mereng kan. masyaAllah. mintak jauh la. sebenarnya dalam masa yang sama macam macam perasaan ade sementara nak habeskan sisa sisa kat bumi sintok nie.

gelabah
resah
happy 
sedih

sume la. macam macam ada. tapi yang pasti aku tak menyesal belaja kat 

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) 

banyak kenangan manis, pahit, tawar,pedih, suka, manis, semua perencah la.
aku dapat kat bumi sintok yang damai nie.
even jauhnya bukan kepalang.
dari selatan ke utara aku jelajah taw. eceh!

btw 5hb aku dah start exam sampai 12hb.
wish me luck

p/s : untuk semua lecturer yang dah 3 tahun mengajar saya

mintak halalkan segala ilmu secara langsung atau tidak langsung. Moga dipermudahkan segalanya. 
InsyaAllah try harder nak dapatkan DEKAN lagi macam sem sem yang lepas. InsyaAllah.

Doakan saya ye. :)

 Ameen Ya Rabbal Alamin 


kejak tuan tanah nak interframe! huhuhu. 

even tudung senget menget kan.
aku dulik hape! hohoho.

kbai.


xoxo.muchoflovesibongsu.

Sunday 27 May 2012

. hOpe .

awak,
semakin hari kita semakin jauh,
semakin hari semakin banyak salah faham antara kita,
semakin hari ada saja bende yang tak kene.

awak,
semakin hari semakin banyak rasa yang ada,
segala rasa pedih pahit kelat segala,
semakin hari semakin saket.

awak,
saya hampir putus asa,
saya tak sekuat yang lain,
saya lemah untuk hadapi semua ini.

awak,
saya harap awak boleh paham saya,
dan saya boleh paham awak,
saya harap kita boleh saling memahami.

awak,
saya harap semua ini tak lama,
saya harap rasa pedih itu akan hilang buat selamanya,
saya harap semuanya kembali sediakala.

p/s : sungguh saya harap! :(


xoxo.muchoflovesibongsu.


Wednesday 23 May 2012

i'm NOT ready yet !

amaran: entry nie mase tengah STRESSS. so jangan sapa sapa tegur!

siang tadi SMMTC ade wat bengkel praktikum untuk sume budak budak komunikasi, teknologi media & multimedia. so, banyak la ceramah yang ktowg kene datang. dan makin banyak input yang aku dapat makin naik la tahap KESTRESSAN *ade ke ayat camtue, ah lantak! dulik ape aku kan* . ktowg masing masing nebes nie hah masing masing tak tahu ape nak jadi mase praktikal nanti kan. that's why la ktowg kene gi bengkel tue. aku lagi laaa dengan tahap gabannya tadi dah macam GEMBEL dah tadi. dah la dari pagi ade kelas, meeting sal video koperat plak. pastue terkejar kejar kene attend bengkel praktikum jam 2 nie plak. masuk masuk je, banyak plak input input yang dorang cakap pasal praktikal. banyak prosedur sebenarnya,. dari segi borang la, itu la ini la. itu takpe lagi. masuk je bab dalam organisasi, macam mane kita nak sesuaikan diri dalam organisasi dah start berpeluh peluh dengar. even dalam dewan seminar tue sejuk beku. *eh kau pehal nak peluh peluh* aku NEBES paham tak! tue takpe lagi aku boleh kawal lagi tahap STRESSS aku. try CALM DOWN kate oreng puteh. naseb la hujan mase tue kat luar sejuk cikit kan. tak jadi nek peloh peloh bagai. heh!

lepas tueeeee
.
.
.
.

mai je bengkel sal penulisan report. terus darah aku naik aku rasa. arghhhhhhhhhhhh! rasa nak menjerit nak nanis pun ade. lari lari cam tue kan. SUSAAAAAAAAAAAAH giler nak wat report wey. siap ade kajian skop bagai. mati la aku. banyak la bende yang ktowg kne masukkan dalam report tue. 

serius aku!

STRESSSSSSSS! STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!



p/s : macam mana la nanti dalam tempoh mase 4 bulan tue. dok negeri orang plak tue. sure setiap malam aku nanes. warrghhhhhhhhhh.  T_____T

sesungguhnya aku belom bersedia untuk gi praktikal

kbai 

xoxo.muchoflovesibongsu.

Tuesday 22 May 2012

. r I N D u .


M I S S I N G Y O U

hati,
jangan cepat sangat merindu,
jangan cepat sangat melatah bila merindu,
jangan cepat sangat menangis bila merindu.

diri,
jangan cepat sangat mengalah,
jangan biarkan matamu bertuka merah,
jangan biarkan pipimu basah dek air yang mengalir,
jangan biarkan dirimu saket kerana merindu.

rindu,
dikau datang lagi, menyapa segenap sanubari,
dikala sepi mencengkam diri,
namun kepastianmu tetap ku nanti,
biarpun menunggu hingga ke hujung jari.



p/s : aku R I N D U. itu cuma! :'(


ya Allah ya Tuhanku sampaikanlah RINDUku pada dirinya,
agar aku sentiasa menjadi KERINDUAnya.

kbai.

xoxo.muchoflovesibongsu

Monday 21 May 2012

tOp fOur cuCu tOk mAn & mAk LeHa


amaran: entry nie khas untuk budak budak je. mak budak bapak budak tak payah bace! hohoho.


TOP 1 : FATIN NUR AMIRA BINTI MOHD HAIRI
nama glamer : kakak

kakak nie cucu pertama untuk makabah. skunx nie kakak dah darjah 3. anak abang LONG merangkap abang aku yang SULUNG.
 

TOP 2: ALIF HAFIZI BINTI MOHD HAIRI
nama glamer: alif

nie plak cucu kedua. umo dah 6 tahun. skunx dah masuk TADIKA.
die nie ade satu pael yang pelik dari orang,die pantang la nampak LORI. xkisah la kau LORI TRELER ke LORI HANTU ke, LORI SAMPAH ke, sume die minat. mak die kate die nie memang gila bila tengok LORI. asal je LORI lalu..die jerittttttt.. MAAAAAAAAAAAKKK!!!
.
.
.
.
.
LORI.LORI.LORI.
*pastue sengih sengih*
haaaaaaaaa SEE cam pic bawah nie la cara die sengih !! nie mase gigi arnab die tak kene cabut lagi.

 TADAAAAAAAAA
.
.
.
.
nie la KAKAK & ALIF. dorang nie 2 beradik. tapi cam anjing ngn kucing. si KAKAK lembut je tapi si adek degil die hurmmm xtau nak ckap. nie manja sangat la nie. tengok sampai GIGI arnab pun dah takde. ce tengok die sengihh...siap PEACH lagi.


TOP 3: NUR ANIS AYUNI BINTI MUHAMAD AZMAN
nama glemer: anis

nie plak cucu ketiga makabah. perangai cucu yang sorang nie lain plak.die punye MANNNNNNNNNJEEEEE, hurmm tak tahu nak ckap la. aku dolo dolo rajen la kene jadi baby sitter tok si anis nie. kalau die majuk ngn maksu die. die dok kat bilik maksu dok kat luar bilik. elok sangat la tue. nie masa umo anis dalam setahun. makayah die bawak gi kedai amek gambar die. tue yang COMEL LOTE cam maksu diee. hohoho. tue la kemana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. SEE SEE die nie comel sebeb mewarisi KECOMELAN maksu die laaaaaa. *angkat angkat kening*


nie anis dah besar cikit. hahahaha. die nie anak tunggal dalam family akak aku. tue yang MANJAAAAAA sangat sangat. kalau dah dapat adek tak tahu la cam mane.


nie dah SOPAN cikit. hehehehe. anak anak buah aku memang suka buat PEACE kan. sukakan keamanan betol korang nie. bagus bagus.baju belang belang tue anos yang pilih sendiri masa mak die nak belikan baju untuk dia. pandai kan pilih baju sendiri. DEMAND!


TOP 4: IRDINA QURATUL AINI BINTI MOHD REDUAN
nama glemer: dina aka amoi 

nie cucu terakhir makabah aku setakat nie. sampai terkuar kuar air liur. DINA nie lahir operate, die sorang je antara cucu makabah aku yang lahir operate. mase kecil punyelah BOLAT si dina nie. n yang paling COMEL sal dina nie, mata die sepet MACAM ayah die. anak AYAH dina nie. 


 SEE! dina dah besar laaaaaaaa. macam orang lain plak. kecik kecik MONTEL dan besar cikit KURUS dah.skunx umo dina dah nak dua tahun dah. ade macam CINA kan muke die.
 


setakat nie tue je la senarai cucu cucu makabah aku. cucu  empat orang pun kalau dah balek umah. riuh satu umah. dok berlari sana berlari sini. tapi nie je la penghibur tok makabah aku. ktowg adek beradek sume dah besar besar. aku je la yang belom cukup BESAR. hohohoho. abang abang ngn akak still panggil aku adek. tapi KADANG KADANG je la, makabah pun panggil aku ADEK.


p/s: agak agak nanti aku KAWENG anak aku muka cam mane la ye. confirm COMEL cam aku. dah tak leh di sangkal lagi. *lempang muka sendiri lagi* 

kbai.

xoxo.muchoflovesibongsu.

Sunday 20 May 2012

.. meNghituNg hAri ..

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), SINTOK KEDAH

pejam celik pejam celik dah tak sampai sebulan je lagi aku dekat UUM,
dah nak genap tiga tahun.

jom tengok sekitar UUM *cuti cuti malaysia gitu*


nie dekat dengan pintu gerbang, korang gi je UUM sure nampak! betol betol kat round bout.



yang nie la lambang KEMEGAHAN dekat UUM. hoho. 
 cantik kan pintu gerbang kat UUM.



yang nie plak berhadapan dengan bangunan CANSELORI. 
 ade air pancut kat DATARAN PERDANA. kalau tak malu boleh la pi terjun eik.


GO -KART
korang jangan tak tahu UUM ade go- kart taw, 
 kalau nak main kene rm5 je. tua package student la . :) 

 

Padang GOLF
even UUM dalam hutan macam ape yang orang orang lua cakap. tapi jangan tak tahu UUM ade padang GOLF sendiri. luas plak tue.
 
 

 nie plak DEWAN MAS.  
InsyaAllah tahun depan aku ngn kawan kawan seperjuangan yang lain akan menggulung ijazah dalam dewan nie.tak saba nak lambung topi. phewwwwwwwwww!


p/s :even dah tiga tahun, tapi banyak lagi tempat aku tak gi, contoh PUNCAK VISTA, tak cuba lagi drift dengan GO-KART, main kayak kat tasik .main basikal kat pusat sukan. 

beselah anak dara kene dok dalam BILIK yang terindah je. 

baru putih melepak lepak hoho !

macam nie ! seeeee PUTIHHHHHHHHHH kan aku?
 


kbai

xoxo muchoflovesibongsu

Saturday 19 May 2012

.Dia gaDis sEmasA sEbeNarnYa.

amaran: ini YUNALIZ ZARAI bukan YUNALIN OSMAN. muahahaha. *oke gelak kau sangat sopan*
sempoi bak hang!



ayuuuuuuu !!!!!!!!!!!!!! sleeping ayu sleeeping!


 nie buah hati pengarang jantung yuna!



''jom ramai ramai nyanyi. bagi hujan hujan dan hujan. panaih laaaaaaaa''
hanya untuk GADIS bukan MAK GADIS, NENEK GADIS !! 

.
.
.
.
.

GADIS SEMASA

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu
Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu
Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang Korus 2x
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu
Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

kbai.

yang ini memang GADIS SEMASA yang anda cari cari. muahahahha. *lempang muka sendiri*

xoxo.muchoflovesibongsu.